Tuesday, September 9, 2008

Sifat sOmbOng...

Imam Ghazali mengemukakan panduan supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh :

*JIKA brjumpa kanak-kanak,anggaplah mereka lebih mulia dari kita.
-Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa berbanding kita.

*Apabila bertemu orang yang lebih tua,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita.
-Ini kerana mereka sudah lama beribadat.

*Jika kita berjumpa orang 'alim,anggaplah mereka lebih mulia.
-Ini kerana lebih banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui.

*Apabila melihat orang yang jahil,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita.
-Ini kerana mereka melakukan dosa didalam kejahilan,sedangkan kita lakukan dosa dalam
keadaan mengetahuinya.

*Jika melihat orang jahat,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita.
-Ini kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Wallahua'lam...

No comments: