Thursday, September 18, 2008

Mengapa Ia Harus Terjadi Begini...

Ada antara kita,
megah bergaya,
Terus berlumba mengejar dunia,
Hello,yo,what's up,wa caya sama lu....
Itulah bahasa anak zaman ini,
Pakaian,
mengalahkan jahiliyyah zaman Rasulullah S.A.W...
Baju bertampal,bertopi terbalik,
laksana peminta sedekah,
Dikatakan style terkini,
Lelaki berambut panjang mengalahkan wanita,
Si gadis berpakaian sendat mengalahkan lelaki,
terdedah rambut dipotong pendek,
Lagak tomboy menjadi tumpuan,
Batas aurat dipandang sepi,
Pakaian singkat digila-gilakan,
apakah itu tanda mereka terasa bahang neraka?
Hingga rimas menutup aurat,menudung kepala,
Ibu berleter tanda sayang,
ayah menegur tanda kasih,
Nasihat dan pesanan tidak diendahkan,
Dikatakan pulak orang tua kuno,
Dia buat semua betul ke?
Rata-rata antara kita,
menyanjungi budaya barat,
konon mencari ketenangan diri,
Mengapa musuh ALLAH juga dipuji?
Mengapa ia harus terjadi,
Jika benar ketenangan yang dicari,
Ingat kembali firman Ilahi,
"HANYA dengan mengingati ALLAH,hati menjadi tenang"
Masih ada di antara kita,
bangga dengan para jelita,
Takbur dengan kata yang ada,
Diri ditunggangi syaitan durjana,
juga dikawali hawa nafsu,
Hati punah diresap mazmumah,
Hitam kotor kian parah,
Gila dunia bertuhankan harta,
Menggadai akhirat kerana dunia,
Apakah
Kemewahan dunia jaminan SYURGA,
Wahai saudaraku warisan negara,
Sedarlah,
Style dan fesyen tidak berkekalan,
Berubah mengikut zaman,
Yang kekal diri kita,
Yang kekal budi bahasa,
Yang Abadi hanya Yang MAHA ESA,
Kembalilah ke pangkal jalan,
Bersama Nur ILAHI,
Kita jejaki langkah Nabi,
KIta perjuangkan kebenaran islam....


*Sama-sama kita hayati dan ubati cara hidup kita....
Wallahua'lam...

No comments: