Wednesday, November 25, 2009

Kehidupan 2


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian..Alhamdulillah kita masih lagi diberi satu nikmat yang paling besar, dimana nikmat ini hanya diberikan oleh ALLAH S.W.T kpd hamba2NYA yg terpilih..Iaitu nikmat IMAN dan ISLAM,dimana kedua2 nikmat ini berkait rapat antara satu sama lain..Di mana sekiranya seseorang itu hanya sekadar ada IMAN tanpa ISLAM, digelar sebagai FASIK.. Dan seseorg itu hanya sekadar ada ISLAM tanpa IMAN,digelar MUNAFIQ..Na'uzubillah...

Moga2 kita sama2 diletakkan dalam golongan MUKMIN yang berTAQWA...

Bersyukur jgk,sbb insan baru jer diberi rezeki dan keupayaan utk 'update' blog insan...Setelah didesak oleh beberapa pihak katakan...Huhu...

Pertama2 sekalinya,insan bersyukur selama insan memegang Tittle sbagai Huffazul Quran..Bnyak yg insan belajar..Terutama di Bumi Barakah Darul Quran...Pada hari ini,genaplah 6 bln insan duduk di bumi tersebut...Cuma apa yg menggusarkan hati insan sekarang ini??..Iaitu Nasib Umat Islam yg kian dicemari oleh tangan2 yg kotor yg mencuba utk mencemarkan nama baik ISLAM(ayat xsedap lgsung)..

Apakah punca yg menyebabkan ISLAM tidak dapat diagungkan oleh masyarakat2 kita sekarang ini..??..Pd pendapat insan,puncanya akibat tiada KESATUAN di antara umat Islam sendiri...Umat Islam sendiri bergaduh,berbalah,berkelahi dan lain2 lagi disebabkan masalah yg begitu remeh...Ingatlah Wahai Kaum Muslimin sekalian,dahulu kan dgn memikirkan masalah umat itu adalah lebih 'Awla' daripada kita semua berbalah disebabkan berlakunya khilaf ataupon perbezaan pendapat..Ingatlah,perbezaan pendapat itu jugak adalah satu rahmat yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T utk kita semua....

Bersatu lah wahai Kaum Muslimin,lonjakkanlah kembali ISLAM di mata dunia...Benarlah hadis Nabi S.A.W yg berbunyi mafhumnya.."Islam datang dengan berdagang,pergi jugak dengan berdagang"...Beruntunglah kita hidup dizaman ini,di mana ISLAM dipandang pelik sekarang ini..
Pahitnya perjuangan seorang Da'ie,seperti pahitnya Tongkat ALi pd awal waktunya diminum..Tetapi kesannya manis dan nikmat diakhir waktu,begitu jgk nikmat Syurga ILAHI yang MANIS tidak terkata...

Tetapi ingatlah,ISLAM tidak akan bangkit,tidak akan dapat ditegakkan selagi seseorang itu tidak menegakkan ISLAM di dalam dirinya sendiri...Bak kata Imam Abu A'la Al-Maududi,bunyinya lebih kurg begini..."Manusia perlu memahami peranan yang dimilikinya sendiri"...Maka dengan itu,pimpin lah diri dahulu sebelum memimpin..Tuntutlah ilmu,siapkan lah diri utk berjuang,ISLAH kn diri utk kembalikan semula zaman kegemilangan ISLAM...

ISLAM mampu berada di Puncak semula..Takbir!!...

P/S penaja : Teguran dan komen semangat amat dialu2kan utk memperbaiki blog yg simple ini..

(Maaflah ek klu tulisan ini xsesedap mana ayatnya..sebab insan bkn lah sehebat Ramlee Awang Murshid,apatah lg utk menandingi Habiburrahman El Shirazy)..
*Dah lama xmenaip dan mengarang ni,agak kekok skit nk wat ayat...Huhu...

No comments: