Thursday, November 26, 2009

Pengorbanan - Besar Mana??


Allahuakbar(7x)....

Alhamdulillah,tanggal 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430..Umat Islam di merata dunia menyambut Perayaan AidilAdha sempena mengingati satu peristiwa besar dalam sejarah Islam...Dimana saat berderai jatuhnya titisan air mata suci Nabi Ibrahim a.s..Melihat keteguhan iman anaknya Nabi Ismail a.s...

Dikala itu juga lah bermulanya sejarah agung yang membawa erti sebuah pengorbanan...Begitu besarnya pengorbanan yg dilakukan berbanding kita ini...Begitu jugak pengorbanan yg telah dilakukan oleh isteri Baginda Ibrahim a.s,Siti Hajar..yg snggup ditinggalkan suami di tengah2 pdg pasir bersama anaknya yg masih kecil..semata2 menerima arahan ALLAH dgn ikhlas dan redha...

Kini,pengorbanan itu ditakrifkan dgn bagaimana??...Besar mana pengorbanan yg dilakukan oleh kita??..Setakat pengorbanan tinggalkan rumah untuk duduk belajar kt asrama,yg jauhnya hnya setakat 2 inci..??..Ataupon pengorbanan membeli topup utk org trsayang..??..Ataupn pengorbanan menginfaqkan RM1 di tabung2 masjid berbanding "menginfaqkan" RM beratus2 utk beli external hard disk..

Semua itu bergantung kpd diri kita sendiri,untuk menghitung dan menilai sebesar mana nilai pengorbanan dalam hidup kita..tetapi yang lebih penting,niat itu berpunca disebabkn ape..Niat kerana ALLAH adalah lebih diutamakan...setiap perkara dilakukan bergantung kpd niat...RM1 yg disedekahkn di masjid dgn ikhlas lebih besar nilainya drpd RM100000 yg disedekahkn di rumah anak2 yatim dgn niat utk membangga2 diri...

Apa2pn,setiap pengorbanan yg dilakukan itu menjadi satu ibadah dlm diri kita jika disalurkan utk kebaikan..Tetapi,sebaik mana pon ibadah jikalau tnpa Jiwa Hamba..Segalanya tiada makna..Hamba sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki..Hamba jugak sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya lah utk DIA..Lahirnya jgk utk beribadah kpdNYA....

"Dan AKU tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah kpdKU.."
(Surah Adz-Dzaariyaat : Ayat 56)


.

No comments: